Selamat Datang, pelawat [ Pendaftaran | Login ]   rss feed
Hantar Iklan !

Jom Iklan

Iklanportal.net menyediakan pelan pengiklan secara percuma dan berbayar.

IKLAN PERCUMA.

Untuk pengiklanan secara percuma, anda perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu. Pastikan email yang tepat kerana maklumat lanjut untuk mengaktifkan akaun anda akan di hantar ke email tersebut. Anda hanya boleh membuat penghantaran iklan setelah akaun anda diaktifkan.

Iklan percuma akan kekal dilaman web iklanportal.net selama 30 hari.

FUNGSI ‘STICKY’

Untuk menjadikan iklan anda lebih menyerlah, pihak iklanportal.net menyediakan fungsi ’sticky’. Dengan fungsi ’sticky’ , iklan anda akan dipaparkan dengan latarbelakang berwarna jingga. Ini akan membezakan iklan anda dengan iklan percuma yang lain. Kadar tambahan sebanyak RM5.00 dikenakan untuk fungsi ’sticky’.

MENGHANTAR IKLAN

Untuk menghantar iklan, anda hanya perlu klik pada butang Butang Hantar ! yang terdapat di bahagian atas laman web iklanportal.net. Anda boleh meletakkan iklan serta meletakkan imej bagi iklan-iklan anda. Iklan anda akan dipaparkan secara terus dilaman web iklanportal.net sebaik sahaja dihantar.

submit ads toolbar

Iklan-iklan berbentuk lucah, perkauman dan sensitiviti agama dan masyarakat adalah dilarang sama sekali. Pengurusan iklanportal.net akan memantau iklan dari semasa ke semasa. Pihak pengurusan iklanportal.net berhak untuk memadam iklan-iklan yang tidak sesuai dan selari dengan matlamat laman web ini tanpa sebarang pengumuman kepada penghantar iklan.

IKLAN BERBAYAR.

Untuk pengiklanan berbayar, iklanportal.net hanya menyediakan pengiklanan secara banner dan juga advertorial untuk tempoh 30 hari.

IKLAN BANNER

Iklan banner berada dilaman utama dan juga laman keterangan iklan. Berikut adalah pekej iklan banner yang disediakan :

Iklan Atas (460 x 60 piksel) – Iklan ini terletak di sebelah kiri bahagian atas web iklanportal.net. Hanya satu (1) iklan akan dipaparkan pada satu-satu masa dan hanya 15 iklan dibenarkan dalam tempoh 30 hari.
Iklan Kategori (125 x 125 piksel) - Iklan ini terletak dibahagian atas senarai iklan percuma. Ianya akan dipaparkan di setiap kategori iklan yang dipilih. Hanya 15 iklan dibenarkan pada satu-satu masa, dan setiap paparan akan memaparkan 6 iklan banner secara berturut-turut.
Iklan Bawah (460 x 60 piksel) – Iklan ini terletak dibahagian bawah senarai iklan di setiap kategori yang dipilih. Hanya 10 iklan akan dipaparkan di iklan bawah untuk tempoh 30 hari.

ADVERTORIAL

Advertorial adalah artikle berkenaan sesuatu produk atau perkhidmatan. Advertorial akan dipaparkan di bahagian senarai ‘Featured Ads” dan juga di ruangan khas “Featured Ads”. Untuk satu-satu masa hanya lima (5) advertorial terkini akan dipaparkan di ruangan khas “Featured Ads”.

Share and Enjoy:
  • Print this article!
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks